Wednesday, October 27, 2010

Kejadian masa kini

Assalammualaikum...
Entah mengapa hatiku tiba2 terusik untuk menulis setelah sekian lama aku tidak bermadah ke dalam sebuah kertas atau lukisan..

kejadian alam kejadian semasa yang berlaku semakin menjadi2..
membuatkan hatiku bertambah risau untuk mencari calon isteri untuk meneruskan perjuangan Allah..
dan aku amat risaukan nasib anak2ku kelak.. seandainya aku telah tiada...

Wahai kaum perempuan...
Lindungilah diri anda..
sama ada anda masih mempunyai orang tua.. ataupun tidak.. anda Harus memelihara aurat anda..
Kesopanan.. Adab.. pergaualan dan juga akhlak anda..

INGAT..
bisikkan syaitan dan iblis bermula tanpa kita duga..
Ada kalanya ia berputik dan bermula..
Tanpa kita sedar dan sedari..
adakalanya... di dalam kuliah/kelas/perjumpaan/pertemuan/kem/ apa sahaja penemuan
yg mencampurkan lelaki atau perempuan..
kadang2 gurau senda menjadikan lebih alpa pada manusia..
tidak semua tetapi ada segelintir yg lalai...
sebagai contoh berdasarkan renungan sy..
Seorang lelaki mengusik seorang perempuan di dalam ramai2..
kemudian si perempuan menyahut usikkan itu..
Sedangkan itu adalah tanda awal gangguan dan hasutan syaitan telah bermula..

Apapun, wahai kaum perempuan yg melahirkan anak..
Aku harap.. engkau sedar.. dan berwaspada pada lelaki diakhir zaman..
kerana kebanyakkannya merosakkan dari memelihara..
Jauhkanlah zina.. berduaan..
Jauhilah diri dari tipu daya lelaki bernafsu syaitan..
janganlah engkau terpedaya JANJI MANIS si Kumbang..
Akhirnya kamu juga akan terinaya..
setelah habis madu sepah di buang..
Penat manusia sebelum kita meletakkan kata2 nasihat..
tetapi ktia sedar tapi tak ingat..
itulah kebanyakkan kes terjadinya kes buang janin dan anak..

Waspadalah.. janganlah sesekali mudah melepaskan maruah diri dengan hanya ikatan CINTA..
ikatlah hubungan dengan pernikahan..
jangan hanya mengaku islam.. tetapi tidak mengikut cara islam.. buat apa berbohong?
sedangkan itu sifat orang munafik..

sesungguhnya gejala buang janin atau bayi ini berlaku daripada kedua2 pihak..
tidak berbunyi jika bertepuk sebelah tangan..
dan jangan sesekali anda lali dengan kemewahan dan pertolongan si jejaka..
waspadalah kerana tanpa ikatan SAH.. janganlah anda menyerahkan tubuh anda sesuka hati kerana CINTA

Kita hidup mungkin lama atau mungkin sekejap..
tapi jika hidup dan masa depan kita telah kita sendiri gelapkan..harus bagaimana nak berdepan dengan masyarakat?
Ingatlah.. Allah itu Maha Menyayangi..
kita yg mencorakkan diri kita..

Pergaulan kita kenalah jaga.. biarlah jika tiada kawan baik, bercampur dengan kawan2 kurang baik..
tapi ada akal.. JANGANLAH terikut.. jauhkan diri selagi terdaya..
jgn mudah melatah apabila di cabar kawan..
biarkan dia..
Kita islam.. hendaklah sentiasa merendah diri dan bertenang..

Apa yg sy amat2 takotkan..Khuatir Bala akan turun menimpa negara kita..
kerana terlalu banyakkan maksiat yg semakin meningkat..
ingatlah... kita hidup nie mati.. kesedapan hanya sementara..
cintailah pasangan kerana Allah bukan kerana Nafsu..

berubahlah selagi masih ada masa..

Sampai disini luahan rasaku..
sama2 kita muhasabah diri dan berpesan2..
sesungguhnya kita lalai dan alpa..
sekian..


::: Apa yg baik itu datangnya daripada Allah s.w.t, yg hina, lemah dan buruk adalah kelemahan dan kesilapan pada diri sy ::::  ^^) http://sholehkaunseling.blogspot.com

Wednesday, October 13, 2010

Mari Kita Bersatu Membantu Sesama Ummah

Hijrah4u.com-Menjana Pendapatan Sambil Bersedekah

Salam Sejahtera,
Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara /Saudari
Program Hijrah4u.com. Inilah satu-satunya program yang mana mengumpul dana untuk anak-anak yatim melalui sumbangan ikhlas daripada ahli-ahli hijrah4u serta kukuhkan ekonomi sesama ahli melalui program ini.

Saya yakin dengan sumbangan tersebut dapat kita membantu mereka, sedikit sebanyak dapat meringankan masaalah anak-anak ini.

Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara /Saudari tidak akan rugi kerana modal yang diperlukan hanya RM50 sahaja. Tiada Risiko!
Kini  Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara /Saudari mampu untuk memperolehi lebih dari itu dengan
 http://www.hijrah4u.com/?ref=307

Hebahkan pada rakan-rakan seperjuangan kita untuk sama-sama kita melaksanakan tujuan murni di samping menjana pendapatan sampingan.

Insya-allah dengan sumbangan ikhlas yang di hulurkan itu di berkati,murah rezeki,di beri kesihatan yang baik serta di rahmati Allah.

Semoga anda Berjaya bersama kami di


http://www.hijrah4u.com/?ref=307 Kunjungi Website saya : http://www.hijrah4u.com/?ref=307 Sukses Selalu! MUHAMMAD SHOLEH BIN GHAZALLI @ ABDULAH http://www.hijrah4u.com/?ref=307

Sunday, May 9, 2010

Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

Renungan :

Berpakaian tetapi telanjang Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda; Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim) Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve). Sesetengahnya pula berbaju pendek/singkat hingga menampakkan seluar dalam, bentuk ‘V’ line dan lurah ‘bumper’ mereka. Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya). Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59) Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim) Renung-renungkan... :-)

Saturday, May 1, 2010



Selepas Siap..
Sedia menerima pelanggan..
yang mempunyai masalah kerosakkan handphone..
nak beli handphone..
nak trade in..
dan nak beli top up dan aksesori handphone..
Silalah ke kedai sy ..

Perniagaanku...


Sebelum kedai ini ku upgred...

Sunday, March 14, 2010

Aku Sepi Tanpa CintaMU

YA ALLAH......
Aku sedih dalam dugaan yang ENGKAU beri padaku....
Aku sedih dalam tawaku....
Aku termenung Mencari ketenangan buat hatiku yang terluka....
Aku Sepi tanpa CintaMU...


WAHAI TUHANKU....
Aku lemah dan tidak berdaya...
Aku Kecewa dalam Cintaku....
Aku kecewa dalam tugasku..
Aku kecewa dalam jalanku...
Aku sepi tanpa CintaMU.......



ALLAH...ALLAH...ALLAH...
Mengapa hatiku tidak dapat tersenyum...
Mengapa hatiku tidak dapat tertawa...
Mengapa hatiku sedih dan sunyi...
Mengapa air mataku tidak henti mengalir...

YA ALLAH..
Menitis air mataku tanpaku menyedari melihat keindahan ciptaanMU...
Menitis air mataku mendengar laungan azan...
Menitis air mataku berderai di pipiku... Apabila malam ku jaga Hanya untukMU ....
Menitis air mataku tidak tertahan.. apabila mengenangkan ujian KekasihMU Rasullulah..
menitis air mataku pabila aku terkenang waktu kecilku....

YA ALLAH,
Hadirkanlah cintaku padaMU...
Bimbinglah hatiku dari terus bersedih..
Bantulah aku YA ALLAH...
BErikan aku pertunjukMU....
Berikan aku RahmatMU....

YA ALLAH,
Aku tahu Engkau lebih MAHA MENGETAHUI diriku..
aku tiada tempat mengadu melainkan padaMU...
Aku Mohon,,,,
Berikan hatiku ketenangan....
Janganlah ENGKAU dugai aku.. Sehingga aku tidak dapat menerimanya..
Sesungguhnya.. Engkaulah yang ku Cinta..
Dan...
MencintaiMU adalah KEKAL.....